Sunday, 15 November 2015

KMJ dihatiku ~~

Assalamualaikum and hi everyone!!
asyik post pasal dietetic je kan. Why dont we rewind and turn back the time a little bit and went to my the place I've studied before:

JOHOR MATRICULATION COLLEGE
Tangkak, Johor

it was a great 10 months staying there, and to live around great people called friends, its just amazing! 2 semester: 1 semester around 4 months. 

dua program PST (PROGRAM SATU TAHUN) dan PDT (PROGRAM DUA TAHUN)
PST: nama memang setahun tapi 10 bulan je sebenarnya. jadual sangatlah pack. setiap hari 8 pagi- 4 petang. tak campur lagi nak jumpa lecturer tanya soalan tak faham, pergi admin (bilik pensyarah) dan sebagainya. yang bestnya apa? korang cepat la buat degree nanti. sekejap je dikk 10 bulan tu. bila nak exam, rasa macam baru daftar je,, serious ni

PDT: Dua tahun belajar. lebih relax, kelas tak pack, tapiii.. korang akan belajar lebih detail dan mendalam lah daripada student pst. ni senior2 kmj lah kiranya. otai kawasan. kalau nampak macam tak ikut peraturan sangat, pakaian tak beretika, haaa akak dan abam PDT lah tu. (sorry, bercakap berdasarkan pemerhatian. tapi tak semuanya begituuu okay)

dekat sini, satu kelas lebih kurang 30 orang (depends on modul dan aliran. kelas tersebut dipanggil praktikum)

4 exams: UPS 1 dan UPS 2(ujian pertengahan semester)
              PSPM 1 dan  PSPM 2 (peperiksaan semester program matrikulasi)

ada 2 program: SAINS dan PERAKAUNAN

SAINS 
3 modul: MODUL 1: biologi, fizik
              MODUL 2: sains komputer, fizik
              MODUL 3: sains komputer, biologi
*matematik dan kimia subjek basic. mana-mana modul pun belajar.
Selain itu, dalam satu sem sahaja, korang akan belajar Pendidikan Islam/Moral, Kemahiran Dinamika dan Kokurikulum. (kokurikulum ditentukan mengikut praktikum masing2. redho je dapat yang mana okay) subjek ni semua seminggu sekali je.


PERAKAUNAN
i.Matematik
ii.Perakaunan
iii.Ekonomi
iv.Pengurusan Perniagaan
*sorry tak tahu sangat sebab bukan aliran akaun


ENGLISH
sem 1 korang akan belajar untuk menghadapi MUET. for reminder, ace your MUET, do your very best. aim for the highest band. nak masuk universiti sekarang, paling kurang pun Band 4 okay. divided into 4 parts: listening, writing, speaking and reading.

sem 2, korang akan banyak bercakap di hadapan. buat product promotion, presentation research. more to teamwork and skills on english communication. at the end of the day, English tetap ada untuk setiap exam tak kiralah UPS atau PSPM. Cumanya, pointer tidak dikira. REMEMBER, ENGLISH IS VERY IMPORTANT FOR INTERVIEW AND FOR DAILY LIFE ESPECIALLY AS A STUDENT.


PEMBELAJARAN

  1. KULIAH: dipecahkan mengikut aliran dan praktikum. satu kuliah dalam 150 orang, bergantung ikut aliran. ada 2 dewan kuliah besar (DKB1&2) dan 4 dewan kuliah kecil (DK3-6)
  2. TUTORIAL: Mengikut jadual praktikum masing2. pembelajaran dalam kelas lah kiranya. belajar guna handout, buat latihan, jawab soalan, kuiz.
  3. EXPERIMENT: buat dalam makmal. jangan lupa bawak lab coat yaa
MENTOR MENTEE: Setiap praktikum akan dapat seorang mentor. program ni setiap 2 minggu sekali. perjumpaan depends ikut mentor. hari jumaat 3 hingga 5 petang. mentor yang akan bagi result exam bila keluar. ada apa2 masalh pun boleh rujuk mentor.

6 blok kediaman: 2 blok lelaki 4 blok perempuan
2 blok lelaki: Al-Zahrawi (A) dan Al-Kindi (B)
4 blok perempuan: Al-Jazari (C), Al-Razi (D), Al-Biruni (E), Al-Khawarizmi (F)

ada 3 kafe. 2 blok berkongsi 1 kafe. Kafe asing ye lelaki dan perempuan. Maksudnya, antara blok A dan B, 1 kafe, blok C dan D, 1 kafe dan antara blok E dan F ada 1 kafe.


dalam 1 bilik, ada 4 orang. susun atur dalam bilik berbeza mengikut aras. dekat kmj ni blok kediaman sampai aras 3. bilik air dikongsi beramai-ramai. washing machine disediakan di setiap aras dengan harga rm2. self-service. bilik iron ada di setiap aras. tapi sebab ramai sangat gegirls nak iron, dekat depan bilik yang tertentu ada iron disediakan. untung lah ye siapa bilik depan iron. 
kettle pun ada, tetapi mostly rosakkk. :p

KEMUDAHAN DI KMJ

  1. MINI MART: standard lah, dipanggil co-op makanan. semua barang keperluan dan barang harian ada jual. topup pun ada okay! selalu yang popular ice-cream lah, tak tahu kenapa?
  2. CO-OP: Dipanggil jugak co-op buku. sebab tak nak confuse dengan mini mart katanya. sini semua alatulis, buku, servis printing, binding, photostat boleh dibuat. kunjungan utama bila dapat baucer buku 1Malaysia. :)
  3. MESIN ATM BSN: ada kemudahan MEPS, so boleh la keluar duit kat sini. cumanya, sangat lah jauh, dekat luar pagar utama. jangan lupa bawak kad matrik kalau nak pergi. kad kena tinggal dekat pondok guard. ada satu je mesin atm. pandai2 cari masa nak pergi okay.
  4. KAFE STARBUCKS : tak tahu macam mana dapat gelaran ni. tapi, jangan mimpi lah betul2 dapat menu starbucks. kunjungan wajib setiap pagi tau. macam2 makanan ada dijual. selalu tengahari dah ditutup. kat sini jugak pusat nak beli tiket bas dalam. maksudnya kalau nak balik kampung, beli la dekat sini. nanti dalam bas tu semuanya student kmj. tapi kena cepat eh, sebab selalunya habis awal. 
  5. TEMPAT BBQ: korang kalau nak buat gather2 dengan praktikum, selalunya bila nak habis sem, tempat ni memang hotspot lah kiranya. best nak masak nak gril nak lepak. tapi kena isi borang kelulusan dulu. jangan guna jee.
  6. PUSAT SUKAN KMJ: pusat sukan ni terletak dekat hujung padang. setiap petang korang boleh pinjam peralatan dalam tu. selalunya basikal lah, tapi kena caj 50sen dan kena tunjuk kad matrik. golf pun ada! selalunya payah la nak dapat. siapa yang koku dia main golf tu seronok la.
  7. LIBRARY: dalam library ada pustakawan yg garang, dia akan sound korang kuat2 sampai orang lain boleh dengar. memang scary dan malu gila kalau kena. sooo, ikut peraturan dia, simple je. bawa kad matrik, jangan pakai jeans dan pakai kasut bertutup. kalau ada yang strict sangat, selain baju kmj pun dia tak bagi masuk. so, nak selamat, pakai baju kmj masuk library eh.
  8. GYM: tak pernah pergi dan khas lelaki sahaja. ada dekat Dewan Sri Ledang (DSL)
  9. BILIK POS: Tempat nak ambil barang pos, buat aduan dan tempat tunggu untuk pergi ke klinik atau hospital. 
  10. DEWAN SRI LEDANG (DSL): dewan utama dan satu ni je dekat kmj. sangat panas sebab cuma guna kipas stand dan kipas di dinding. tak ada kerusi, bersila di lantai. kalau buat event yang gabung semua, memang tak muat, pack macam dalam tin sardin. berpeluh dan tak selesa.
  11. MASJID AN-NUR: masjid ni aktif, selalu ada program, ceramah, dan kalau nak exam atau bila2, setiap isnin dan jumaat ada buat buka puasa bersama. makan dalam talam. usrah selalu diadakan time weekend, antara Maghrib dan Isyak.

 PADANG KMJ COURT TENNIS



OUTING
outing mostly ke Tangkak. ada banyak bas dan teksi sedia menunggu dekat luar pagar. perempuan Jumaat dan lelaki Sabtu. naik van atau bas rm1.50 seorang. sama je harga untuk teksi pun. 
walaupun Tangkak tu sekangkang kera, tapi banyak kemudahan. ada KFC, Domino, Pizza Hut, Secret Recipe, Cool Blog, Marrybrown. McD belum ada lagi. tapi kalau nak shopping mall, ada The Store je :p
kalau rasa nak jalan jauh skit, ada jugak bas ke Melaka. pergi balik rm20. selalunya 1 bas je. dan sekejap je pergi. pkul 11 bertolak, sampai around pkul 12. then pkul 4 dah kena balik. 
masuk kmj semula sebelum pkul 6 petang. kalau lambat, outing akan diblock untuk dua minggu. 
macam mana tahu? sebab sebelum keluar kena scan kad matrik dulu. so memang senang la nak detect. unless korang keluar tak bawak kad matrik,, wuuuuu.. jangan ehh. nanti  kalau ada apa2 jadi susah nak trace.



kepada sesiapa yang dapat masuk KMJ, selamat menempuh fasa baru dalam lipatan kehidupan awak. belajar niat kerana ALLAH. ingat balik tujuan kita datang belajar jauh2 ni. ingat pengorbanan parents dan tujuan kita belajar untuk apa sebenarnya. 
kalau rasa malas nak study tu, gangguan perhubungan, sabar dulu. 10 bulan tu tak lama. fokus dalam pelajaran. bila masuk universiti lagi ramai awak akan jumpa. semua dah besar dan matang kan? :)

Yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang. Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
Semoga berjaya. Jaga diri, jaga hati, jaga iman. Fihifzillah ^__^



No comments:

Post a Comment